Tuesday, June 24, 2014

'AYAH'


8.00 PM SABTU 7/6/2014



Actually, aku dah lama nak update pasal ni, but oleh kerana aku ni jenis manusia yang agak pemalas dan rajin ikut mood, so macam ni lah jadinya, so aku decide jugak nak tulis walaupun sedikit tentang suatu peristiwa duka yang berlaku baru baru ni, here goes~

Hari sabtu malam , aku dikejutkan dengan WS dari ayah aku, masa tu aku tidoq lepas maghrib, penat la kataa.. bila aku buka, ayah aku send yang Pak saudara aku yang juga abang ayah aku yang number 3,yang bernama Syed Zubaidi B Syed Hussain, meninggal sakit jantung di rumah Depah ( Anak Angkat Keluarga belah ayah aku ) yang rumahnya hanya beberapa langkah dari Rumah aku, 

So, lepas tu aku cepat cepat aku WS Adilah ( Adik Perempuan number 4 

) supaya tangkap gambar and record video suasana disana, oleh kerana aku tak dapat hadir sebab aku dekat Indonesia, mana boleh balik suka hati, meruntun jiwa tengok, kami sepupu sepupu panggil pak saudara kami ni dengan panggilan 'Ayah', sebenarnya Ayah baru je selamat buat pembedahan jantung, tapi nak buat macam mana, Kuasa Allah melebihi segala gala nya,

Yang paling menyayat hati bila aku tengok Kak Yah ( Anak Ayah yang Down Syndrome ) duduk di samping Mayat Ayah, terpinga terpinga tak tahu apa yang berlaku, adik aku cakap yang kak yah cakap yang ayah sedang tidur dan suruh orang orang yang menanges masa tu diam takut ganggu ayah tidur, perghh, sedih gila kot, Kak yah memang sangat rapat dengan ayah, hati sapa tak runtun ?

Ayah aku masa tu ada urusan di KL terus pulang ke Kuantan walaupun urusan dia tak habis lagi, and masa esok pagi adik aku snap gambar ayah aku yang berada di samping ayah , disitu aku dapat lihat kesedihan yang terserlah di wajah ayah aku, aku sangat jarang tengok ayah aku sedih, last aku tengok ayah aku menanges time pergi ke kubur arwah nenek dan datuk ku, hmm, memang pemergian ayah merupakan kehilangan besar keluarga belah ayah aku, 

Ayah aku cakap, Ayah ni memang ahli syurga sebab 2 orang anak dia meninggal masa kecik dan sorang anak dia OKU, Dan dia tak pernah tinggal puasa suant selama 14 tahun,

Aku pun agak rapat dengan anak ayah yang juga sepupu aku sebab Khudri sama umur dengan abang aku dan juga khaidir sama umur dengan aku, so kami boleh dikatakan membesar sama sama , walaupun skrg kami hanya jumpa waktu perjumpaan keluarga je, so rapat sekadar sepupu gitu, Keluarga belah ayah aku memang besar, sampai sepupu aku anak dia lebih tua dari aku, dn total adik beradik ayah aku ada 11 orang semuanya , 

sampaikan aku pun tak berapa nak ingat nama nama sepupu2 dan saudara aku sendiri, lagipun aku keluarga aku lebih rapat dekat keluarga belah mak compare dengan belah ayah aku walaupun majoriti family be duduk satu negeri dan rumah dekat dekat pulak tu

Hmm.. tu jelah aku nak tulis kot, moga moga Roh Ayah ditempatkan di kalangan kalangan orang yang beriman, 

P/S : aku tak baca balik so, sorrylah kalau penulisan aku agak keling dan berterabur grammar literatur dan lain lain, sebab ni bukan exam nak tulis betoi2 , 

Kay, Assalamualaikum :)


Related Articles

0 comments:

Post a Comment