Permulaan semester dua
Hello,
Hurmm, semester dua akan start lagi dua hari ni, maknanya
tiada lagi lah waktu untuk aku buang masa, tidur, buang masa lagi then tidur. Alhamdullilah
aku boleh amik full subjek iaitu sebanyak 10 subjek, woo.. tu mmg banyak, and
bila aku check balik jadual kuliah aku, alahaiii, hari ahad je aku cuti, yang
paling tak boleh blah, setiap hari aku ada kuliah pagi, hadoiiii... (-_-*)
Memang lah orang cakap, alah, apa masalahnya kalau kuliah
pagi? Tak tahu memang lah cakap macam tu, tapi masalahnya Universiti aku dengan
rumah yang aku sewa tu jauh, kalau aku ada motor, mungkin la aku tak merungut
sangat, tapi masalahnya kena naik oplet ( sejenis kendaraan awam berbentuk van
)
![]() |
Oplet yang warna hijau tu |
Maksudnya aku kena bangkit sejam lebih awal sebelum
kuliah start, jalan kaki then tunggu oplet dekat jalan manggis, oplet ni pula
satu hal, kadang2 dah sendat orang pun dia pi sumbat lagi, tamak haloba
sungguh, salah satu lgi masalah, depa ni suka pasang lagu kuat2, dah la speaker
subwoofer bawah tempt duduk je, bingit dia tak payah nak cakap la, tension
aku,hadoi...
Nampaknya aku terpaksa bincang dengan hanif , mana tahu
aku boleh pergi dengan dia kalau jadual aku dengan dia sama, oh ya, pasal
member aku hanif ni,aku ingat akan tulis pasal dia kat blog aku, sebab nak
dikatakan mmg aku byk terhutang budi dengan dia, tapi lain kali la, hurmm..
Lastly, aku harap semester kalini semua berjalan dengan
lancar, and lupa nak cakap, semester kali ni Cuma 3 bulan je, fuhh, tak sabar
ase nak balik Malaysia, rindu dekat family and kucing, >_<
![]() |
View dari bangunan kuliah aku |
Okaylah, tu jekot aku nak merungut dan mengeluh, rasa
macam okay sikit la bila dah tulis bagai ni, lagipun aku kalau boleh nak update
setiap minggu blog aku ni, takde lah nampak mcm abandon sangat kan, hoho,
Thats all , see ya again, kbaii
0 comments:
Post a Comment