Categories
Heart Related
(4)
Keluhan perasaan
(7)
Life Quotes
(8)
My Life Journal
(31)
My Movie Reviews
(3)
Tech For Dummies
(1)
Showing posts with label Keluhan perasaan. Show all posts
Showing posts with label Keluhan perasaan. Show all posts
Saturday, June 28, 2014
'DREAM'
Post kali ni aku nak tulis sedikit tentang impian yang mungkin hanya wujud dalam angan angan aku sahaja, bukan impian merapu, but this is about what i want to learn the most , yeah about education, okay here goes~
Aku dilahirkan dalam latar belakang yang educated, my mom and dad get married masa depa proceed their studies in Egypt , yeah they got married in Egypt, my dad, yang lebih kepada Syariah Islam and my Ummi lebih kepada Bahasa Arab, After that, they continue their studies at tempat yang aku sedang amik degree sekarang, ya, PekanBaru , Riau Indonesia, yang dahulu nya dipanggil IAIN ( Institut Agama Islam Negeri ) yang lebih kepada separa kerajaan yang sekarang ni dah diupgrade jadi UIN ( Universitas Islam Negeri ) yang fully kerajaan, well, yang aku nak cerita kat sini bukan pasal ni sebenarnya, tapi ntah macam mana dh termasuk ke hal ni pulak dah, kay, carry on..
Masa aku sekolah rendah, darjah 1-3 , aku sekolah dekat satu sekolah yang boleh dikatakan sekolah swasta yang agak berprestij la jugak, yang dipanggil AIIS ( Aqfa Intergrated Islamic School ) yang sekarang ni dah tukar IIS ( Intergrated Islamic School ), sekolah ni menggunakan fully English, and guru guru dorang memang terpilih, oh ya, sekarang ni aku dah 21 tahun, so aku malas nak kira tahun berapa masa aku darjah 1-3 tu,
so kami student memang di didik memang berteraskan english la, nak cakap macam mana pun susah but majority of us uses english in our daily conversation, and anak tengku mahkota , Tengku Hassanal pun pernah bersekolah sekejap dekat situ, i bet he wont remember me, lol,
so from that moment, aku jadi macam suka la dekat bahasa inggeris ni, masa aku pindah masa sekolah harian biasa, aku kira terkenal la kalau dalam whole darjah tu, marks english aku biasa nya memang 90+, well, our whole level of education masa sekolah AIIS tu memang sangat berbeza dengan sekolah harian biasa, dah rasa macam riak pulak, haha,
Aku sering jadi rujukan kalau bab2 bahasa inggeris ni even sampai sekarang, tapi aku realize that sekarang my english semakin lama semakin agak worst la jugak, well, selepas aku keluar sekolah AIIS tu, aku banyak belajar sendiri english dengan tengok cerita omputih tanpa subs and with subs mostly, reading english novels and listen english songs, mungkin dari situ makin hari Vocab aku makin improve so does grammar and other english stuff,
but now, i can feel that my english is not as good as usual, well, sebenarnya bila kita dah boleh type and speak dalam english ni, dia rasa macam bila kita baca balik about things we wrote mesti akan rasa something wrong dengan sentence tu, but now, aku dah susah nak sedar, hmm.. tengok dah lari tajuk lagi, ni namanya tulisan syok sendiri,
kay continue, i teringin sangat proceed dalam bidang TESL , but oleh sebab Malaysian Education system ni agak aku tak setuju, because, my SPM kiranya boleh laaa.. dalam 3A's , but oleh kerana aku aliran sastera and A aku tak berapa banyak, ditambah lagi Math ( i hate math ) tak kredit , so, impian aku untuk amik TESL terkubur macam tu je, IPTS? well, aku bukan nak perlekehkan IPTS ke apa, but mostly IPTS ni its all about money, tapi belajar mana mana pun sama kan? yang penting diri tu, sebab aku ada kawan yang amik TESL dekat UNISEL and sampai sekarang aku tak tahu apa yang dia dapat dari TESL yang dia amik tu, bila aku try to speaking dengan dia, dia tak reti, grammar pun berterabur dan aku tak tahu macam mana dia survive sampai graduate, so, faham faham jela apa yang aku cuba sampaikan dekat sini, lagipun im not from a wealthy family, aku tak nak menyusahkan diri dengan buat pinjaman so aku amik STPM,
Masa STPM dulu, takde siapa yang boleh ajar aku english dalam STPM,so aku taknak amik risk, sebab tu ler, and now, aliran aku lebih kepada syariah islam, so memang nampaknya dh lari jauh la dari English edu, but,, oh ya one more thing
Aku juga sangat suka Seni, sejak dari kecil lagi, and my parents cakap when i was little aku ni jenis suka main sorang2 , imaginasi tinggi la katakan, and i start practice drawing based kepada Anime, masa tu terkenal Dragon Ball, so aku mula melukis sikit2, and even tade basic apa apa, nothing dan tiada tunjuk ajar siapa siapa, aku terus lukis lukis hingga jadi hobi aku tak kira masa, practice makes perfect, so aku dapat tengok improvement la sikit, dari segi lukisan tu,
Pasal Seni ni pulak, oleh kerana aku bersekolah menengah agama ( SMA ), tiada subjek seni macam sekolah SMK biasa, so, macam tu lah, aku lukis syok sendiri, pernah juga aku cakap dekat ayah aku yang ingat nak amik seni lepas SPM, but both my parents tak menyokong sebab depa cakap seni sekarang tak berapa menjamin masa depan, so, terkubur jugaklah impian aku tu, but still now, aku tak pernah berhenti drawing, walaupun kalau nk tgk tade lah hebat mana pun, but , hey, aku nak belajar basic2 semua tapi macam yang aku cakap, aku tiada kesempatan, hmm..
tu jelah aku nak tulis kot, actually banyak lagi aku nak tulis, tapi rasa macam dah lebih dari 1000 patah perkataan, tak suka tulis banyak2 sebab serabut, next post mungkin aku nak tulis pasal type of girl that i adore, cehh, tapi tengok lah kalau ada mood, ada lah tu, hee.. :3
thats all peeps, see yaa, kbaii
Thursday, March 13, 2014
Stranded
Hello and haii,
Hmmm..this time aku nak tulis sebab apa aku terpaksa stay indonesia for a almost a year , hurmmm... here goes..~
Kuliah untuk semester pertama aku tamat masa akhir bulan january, aku dah tak ingat bila, but dalam akhir bulan 1 laa.. pada mulanya aku excited nak balik Malaysia, sebab dengar kata KITAS iaitu macam satu bentuk kad la yg boleh kita duduk bebas dekat sini, kira macam IC pendatang asing,, nak buat kitas ni bukan sekejap , sebab pengurusan kat indonesia ni agak leceh sikit sebab kena hantar dekat Jakarta semua, lagipun bilangan mahasiswa baru kali ni bukan nya sikit, so ambil masa dalam 6 bulan jugak laa..
so aku agak excited bila dapat tahu KITAS aku antara yang paling awal siap, depa cakap dalam tengah bulan 2 kitas aku siap, so masa tu aku ingat maybe aku boleh duduk Malaysia dalam 2 minggu ,+ 1 minggu skip kuliah, kirannya 3 minggu lah, hehe.. , oh ya, antara sebab cuti semester kali ni pendek sebab kuliah aku untuk semester 2 ni pendek je, dalam 3 bulan gitu la, okay let me explain,
macam ni, aku habis kuliah akhir bulan 1, masuk balik dalam awal bulan 3, but, cuti semester seterusnya dalam akhir bulan 6 ,tapi not sure la, tu pn hear from kata kata senior dekat sini, so tak dapat confirm la bila akan habis semester 2 ni, faham ? okay, continue the story..
Kamil ( Ketua Imigrasi dan Kepolisian PKPMI-CPB ) tanya aku, kalau nak balik , boleh la bayar duit exit untuk balik ke Malaysia, aku cakap aku not sure lagi, sebab masa tu kamil pun tak dapat confirm tarikh KITAS aku betul2 siap, so, aku tak berani nak gamble, mana tahu tiba2 KITAS aku siap masa akhir bulan 2, tak ke naya aku? dah la duit nak bayar exit tu bukannya murah, urmm..
Finally, KITAS aku siap 13hb Februari, aku masa tu excited la nak balik en, My mom pun suruh balik, sebab dah lama sangat stay kat Indonesia, aku pun rindu gila at my home, :(
But, semua tu stop bila aku buka facebook and PKPMI post jadual pengisian KRS and tarikh mula kuliah, masa aku tengok tu, Allah, memang tepuk dahi la, tengok2 tarikh buka kuliah 20hb februari, im like... What the F la? tak berbaloi la en,kalau aku balik pun,so aku bincang semula dengan ayah aku,ayah aku nasihat suruh stay je Indonesia, sebab nak balik pakai banyak duit, so, aku tak nak la kan menyusahkan mak bapak aku.. jadi aku pun batalkan niat aku untuk balik, Hmmm..
My story isnt finished yet, actually,aku sebenarnya menyesal sangat sebab tak balik hari tu, sebab, rupa-rupanya maklumat yang PKPMI ( Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia ) tak betul, fakulti aku buka pengisian KRS dalam akhir bulan 2 and kuliah start dalam 3hb Mac, perasaan aku masa tu, hmm..mmg Allah je yang tahu macam mana, thats not all.
Memang lah kuliah start 3hb Mac, but minggu pertama tu, semua Lecturer tak masuk kecuali English and Bahasa Arab Class ( aku skip kelas ni hari tu, zz ) , bukan tu je, right now, Riau dilanda Jerebu yang sangat sangat teruk, sampai pemerintah terpaksa keluar cuti seminggu, nampak?
Kalau lah aku balik en, mesti nak dekat sebulan lebih aku dapat stay Malaysia, huu.. :'( , so, aku rasa terpaksalah aku tunggu balik akhir bulan 6 nanti, hurmm.. :/
![]() |
| Waiting~ |
Tapi, nevermind lah, mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku, so.. suka or not, aku terpaksalah redha, so bermakna kiraan kasar aku stay dekat sini nak dekat 10 bulan lebih, nampaknya tak dapat lah aku jumpa sepupu2 yang kecik and cousin2 aku yang last aku jumpa masa dorang baru lahir, ( aku memang rapat dengan family belah my mom ) ,
Tu jelah aku nak tulis, Cant wait nak balik Malaysia bulan 6 nanti, ^_^
kbaii
Monday, March 10, 2014
Haze
Hello my...umm..whatever~Tonight nak tulis sikit pasal keadaan yang terjadi sekarang kat tempat aku belajar, okayy, here goes~
![]() |
| Bandar PekanBaru, Riau, Indonesia |
Well, sebenarnya aku tulis ni pun sebab esok kampus aku tutup sampai hari khamis, so agak bersemangat la nak tulis natang ni, ok, kampus aku tutup sebab cuaca yang semakin hari semakin teruk di Pekanbaru, masalah jerebu, aku ingatkan masalah jerebu ni sekejap je sebab dah nak dekat 2 minggu, ni tak, makin lama makin teruk,
then aku dengar Malaysia juga menghadapi masalah yang sama, tapi aku rasa takde lah seteruk macam keadaan di PekanBaru ni, well, tekak aku pun dah lama sakit, padahal minum air dah bertong tong , tapi still sakit jugak, aku malas la nak pi jumpa doctor , sebab kat sini hospital depa x macam kita, kita ada kerajaan , so charge fees dia kadang2 untuk bayar perkhidmatan je, tapi kalau kat sini bak hang, mahal gila la, sebab tu ramai orang2 indonesia pergi hospital kat tempat kita sebab kat sini mahal sangat, Hospital depa semua swasta , so kadang2 sakit kita tu sikit ja, but bila pi hospital, silap haribulan kena tahan wad, kena tahan wad bukan sebab sakit teruk ke apa, tapi just saje nak charge kita mahal, soo,, thats why, hmmm...
tapi yang good news nya, pemerintah sini suruh semua sekolah, and universiti tutup atas sebab faktor udara yang teruk, tapi universiti aku tutup 3 hari jela, but okay la 3 hari, sebab kalau campur 3 hari tu bermakna dah hampir 2 minggu aku tak pi kelas.. hahaks,
gambar bawah ni nak tunjuk keadaan cuaca dekat pekanbaru..
![]() |
| Simpang utama depan Mall SKA |
So much for 'azam' baru untuk semester 2 ni, lol, but mmg sebenarnya hari ni mmg last aku tak pi kelas, dah insaf and mmg nekad gila nak pi kelas esok, tapi nak buat macam mana kan? bukan aku yang suruh depa tutup, hehehe,,
okay lah, sebenarnya banyak benda aku nak tulis tadi, but oleh kerana luqman dan nabil datang lepak bilik aku sat tadi, terus rasa macam malas je nak tulis banyak2, hoho.. thats all, nnti aku post lagi lah, tu pun kalau ada benda menarik aku nak share or mood nak tulis tu datang, heee.. :3
okayy, see you again rakyat rakyat ku sekalian, kbaii
Sunday, March 2, 2014
Mess
Hello,
Hurmm.. tiba tiba terasa nak menulis pula malam ni, kali ni nak tulis sedikir berkaitan dengan perasaan aku, kira nak touching sikit leni, okay, here goes..
Actually, aku dah tidur dah sebenarnya tadi, but, housemate aku mengacau tidur ku yang agak tak berapa nak indah tadi, dengan mengetuk ngetuk pintu bilik aku dan memanggil nama aku berulang kali, aku mmg tak boleh bila orang buat macam tu, memang rasa terganggu lah kann, ditambah lagi bunyi game flappy bird luqman, hadoii, mmg bertambah serabot kepala aku, menyesal pula aku install game flappy bird tu untuk dia, but, nvmd lah,
After that luqman dia pi ajak aku teman dia pi makan kat warung mie aceh, aku sebenarnya malas nak pi, but, kesian pulak tgk dia pi sorang sorang, terasa hiba pula kt mamat tu, lol, so, aku pi lah dengan syarat aku suruh dia belanja aku kopi O aceh, memang tak tidur lah aku malam ni, so, alang2 boleh aku smbung cerita A-Team yang tergendala , tengok, dah melencong dh dgn niat sebenar aku nak tulis nih, zzz
Okay, carry on the stories, besok pagi aku kene keluar awal awal sebab ada kelas dalam pukul 8.40am ( 9.40am waktu malaysia ) , sebab tu la Aku ngat nak tidur awal la, but disebabkan sebab sebab diatas, hmm K, tengok, dah melencong lagi, zz, actually, aku terasa dan agak terkilan dengan someone yang jantinanya berbeza dengan aku, well,maklumlah, setelah sekian lama, rasa macam hati ni dah terbuka sikit, masa aku duduk dekat warung tadi layan bola, make me think, mungkin aku je yang sensitif sangat kot, padahal tu bukan marka aku pun, koya nak merajuk sia aku, padahal baru je kenal dia tu, (-_-) , but rasa terkilan tu still ada, well, aku rasa sape sape jadi aku pun akan rasa perkara yang sama jugak , umm, bila fikir fikir balik, mungkin aku tak perlu amik port sangat pasal benda ni , menganggu konsentrasi aku sebagai mahasiswa je.
just sekarang aku dalam keadaan dilema je, just, dia ni, betul ke tak, nampak macam interested dgn aku or it she just being friendly, super friendly maybe, but berdasarkan mesej2 dia, buat aku confuse, aku bukan apa, just tak nak syok sendiri je and aku tak nak nampak macam aku ni beria and too desperate nak kat dia, nanti nampak macam aku ni pathetic, if only i can read peoples mind, tak payah aku serabut2 macam ni, hadoii,
to be honest, aku sebenarnya tak suka tulis bab bab gini, rasa macam ntah hape hape, just, i think i will ambil jalan becareful, tak nak terjadi macam pengalaman2 yang lepas, seriously dont want make the same mistake again. lagipun, last experience still haunt me, hurmm.. still waiting ~ :/
okay lah, sebelum aku jadi lebih koya and tulis lagi benda benda yang jiwang , better aku stop sini, just, aku harap things will get better for me, hmm, hope so, if shes serious, she will stay right? if not, nevermind, i will teruskan hidup aku, jodoh tak kemana kan, janji aku dah berusaha, yang lain biar Allah yang tentukan,kalau ada rezeki, ada la, kalau takde, nak buat macam mana? mungkin ada yang lebih baik akan menyusul kan, nampak, ayat pasrah serta redha disitu, aku patut lebih more bersabar sekarang ni, good things happens to people who is patience, kot...
Sebenarnya aku tulis semua ni sebab writing makes me feels better thats why, walaupun agak sikit koya, but suka hati aku la nak tulis apa pun, name pun blog kan, k, fikiran berkecamuk sekarang, tak boleh susun ayat dan tulis ayat dengan betul, zz
okay thats all for now, see ya, kbaii
Monday, February 24, 2014
My Unusual Sleep Pattern
Hello,
This time i wanna write something bout my sleeping habit,
here goes..
Hmm, sejak bermula cuti semester and sampai skrg yang dah
nak abis cuti sem ni, ive accuired this sleeping pattern yang sedikit pun aku
tak suka, aku rasa maybe sebab im a heavy sleeper,well, what i mean in heavy
sleeper is really kronik, im that kind of guy that always sleep, macam Nobita,
hadoii, sampai member2 aku masa sekolah menengah sampai dekat pekanbaru pun semua pelik
and always tegur bout my sleeping habit. Thats why i used nickname 'Hypnos' sebab hypnos adalah nama dewa tidur mitologi norse. and i found it pretty cool name, so i use it laa. hoho
Well, i cant help it, situasi kuat tidur ni salah satu
masalah hidup aku, just baring sekejap je automatic i will felt sleepy and then
tidur, even masa form 6 dlu, every morning i will go early to school sebab masa
tu aku form 6 dekat salah satu sekolah berasama penuh di Muadzam shah, lepas
subuh i will get ready then went to school, after that aku akan amik buku teks form
6 yang mmg tebal gila tu expecially Pengajian Am dibuat bantal dan tidur bawah
meja, nak dicakap kan mmg tiap2 hari aku buat macam tu, zzz
Nak buat macam mana kan? Tidur mmg best , because waktu
tidur la i feel calm, okay ignore this, now i have a sleep pattern dimana aku
selalu terjaga in the tengah2 pagi, and then i cant sleep sampai zuhur, after
zuhur baru i will rasa mengantuk, and then this situation occur sampai
sekarang.
Kuliah nak start dah and i have to stop this sleep pattern,
sebab dah la aku amik subjek penuh, nnti menganggu kosentrasi aku sebagai
seorang pelajar, dah la aku ni mmg zahirnya pemalas, ditambah dengan masalah ni
lagi, memang akan jadi lebih bebal la, hadoiii,
Thats all la aku nak tulis kot, aku tulis ni pun sebab aku
baru terjaga dari tidur tadi, so rasa semangat pula nak tulis bagai, zzz,
Okay, thats all, jumpa lagi, kbai
Wednesday, February 19, 2014
Blackout
Blackout, haa.. ni adalah salah satu dugaan yang terpaksa
aku hadapi kat sini, blackout dekat sini macam dah sebati dah, dulu masa first first sampai ke
pekanbaru, tiap tiap hari blackout mai habaq kat hangg, nampak, dia dah terkeluar
penulisan utagha di situ, blackout sekali bukan sekejap, mau sampai 3-4 jam and situasi ni terjadi 2 kali sehari
, setiap hari selama sebulan.
Jiran jiran tetangga dekat kawasan rumah sewa aku duduk kabo
sebab ada kaitan dengan politik, perlantikan gubernor natang haram jadah benda
ntah aku pun tak tau, tapi nak cakap memang tiap tiap hari mati letrik, nak
hampir sebulan, hadoii
Kalau setakat mati blackout je takpa,ni, ditambah dengan
panas + and nyamuk yang lubis ( Luar biasa ) gitu, fuhh,memang perit , for ur
information, Negeri Riau ni terkenal dengan pengeluaran minyak dan antara
penyumbang kewangan utama di Indonesia , so kaitan dengan panas tu sebab ada
minyak di bawah bumi riau, sebab tu panas cam duduk dalam oven, tade la panas
mcm duduk dalam oven , tapi nak kabo kat sini, memang panas laa, tu tak masa
tengahari tu,masa tengahri tu, fuhh,bahang dia sampai menitik peluh walaupun
duduk bawah kipas, (-_-*)
Diteruskan lagi penulisan, 17 hb februari adalah blackout
yang paling tteruk sejarah blackout sepanjang aku berada di pekanbaru, start
dari 11.30 pagi berakhir sampai 19 feb pada pukul 11.30 malam waktu Malaysia,
Bila letrik dah ada ni, perasaan dia memang heavenly laa,
hohoho, and aku harap kejadian blackout ni tak berlaku dah.
Okay, tu jelah aku nak tulis, nnti aku sambung balik, choww~
Sunday, April 28, 2013
I Should Be In That Picture :/
Hello, kali ni aku nak tulis pasal penyesalan hidup aku yang dah lepas , kah kah kah
Everytime I see Those Picture like one above, penuh rasa penyesalan datang menerpa diriku, Jika aku tak hanyut dengan keseronokan di sekolah dan fokus dengan ap yang aku perlu lakukan, Mesti gambar aku ad di kalangan mereka.
Bak pepatah kata Melayu, Nasi sudah jadi bubur, aku lalai dengan alam remaja yang x pernah aku alami masa aku form 1 sampai form 5 , maybe sebab aku sangat tak matang waktu tu kud and parents terlalu mengongkong hidup aku, so aku tak merasa berapa nikmat la hidup aku waktu remaja,
Disebabkan aku mula hilang fokus dn lebih tumpukn kepada mainan perasaan aku, sebenarnya, sebab aku suka tangguh, konon berase diri ni cerdik sangat la tu, boleh study last minute and tgk lah ap yang jadi sekarang?
Okay Stop, Tak nak tulis dah ayat sastera yg sivik melampau tu, pokoknye aku menyesal sbb melayan benda2 yg aku aggp lalai, tpi menyesal sekarang x de guna yedop? Padan la dengan muka aku, sape suruh malas sangat, otak cerdik Allah dah kasi, but kalau dah malas dan tak nak usaha tu, memang ni la makan dia, hahahaha, aku tulis haha bagai ni sebab aku ketawa dekat diri aku sendiri,
Cukup lah sampai sini kud, buat ap mengeluh benda yang dh berlaku, zzz, kbaii








.jpg)



