Saturday, December 30, 2017

Oppo and Vivo?

Okay, oleh kerana aku agak into the smartphone stuff, so nak tulis sikit pasal smartphone ni, here goes

Kalau aku sebut brand Oppo and Vivo , pasti ramai tahu tentang kedua brand ni, but Oppo ni dikatakan lebih 'Superior' dari Vivo dari segi specs, quality brand dll, okay tu mungkin dulu, tapi sekarang ni dua product ni sama saja, tak macam dulu, 

Dan dua brand ni aku sangat2 tak rekemen untuk angkat, kenapa? okay ni la aku nak tulis sikit kenapa aku jadi haters untuk dua brand ni,

First of all, 
The Price. Spec , After market and long term
Kalau pada tahun 2013-2015, Oppo terkenal dengan rekabentuk yang unik, spec yang menarik dan kamera yang cantik, tapi oleh kerana banyak brand yang banyak muncul dengan harga yang lebih murah dan spec yang lebih decent dari brand ni menyebabkan bagi aku brand Oppo ni tak lagi releven, yelakan, boleh tengok Oppo yang model terbaru macam F5 or R11 yang harganya level2 flagship, tapi malangnya dua model ni jauh sekali layak digelar flagship, Apa itu Flagship? Flagship adalah sebuah produk andalan dari suatu vendor yang merupakan produk “inti” dari semua produk yang mereka hadirkan. Produk flagship juga bisa diartikan sebagai produk terbaik atau produk dengan kelas paling tinggi (bisa juga dikatakan sebagai produk termahal) yang dimiliki oleh suatu Brand, ya, inilah maksud flagship. dengan harga yang tinggi sepatutnya model flagship ni sepatutnya memberi kepuasan kepada pembeli, mungkin untuk brand Oppo dan Vivo pada tahun2 yang lepas macam Oppo R7plus or Vivo x3play waktu tu masih dikira flagship pada zaman dia, dan masih relevan, tapi sekarang tak lagi,
Flagship phone 2017
Aku bagi contoh, 'Flagship' yang terbaru dari Oppo iaitu Oppo F5 Rm1578 dan Vivo V7plus 

, tapi macam yang aku cakap, harga vivo biasanya takkan menjangkau harga Oppo, tapi kedua device has a similar specs, tapi kualiti? hmm.. dengan Chipset Snapdragon 450. yang mana dengan chipset macam tu hanya layak berada di device Low End smartphone yang sekitaran harga 500-700max, Nanti aku akan masukkan entries tentang Chipset, kenapa chipset ni penting untuk sesebuah smartphone.

Yang kedua adalah Specs,

Mobile Proc

Oppo f5 guna Mediatek manakala Vivo v7 plus guna Snapdragon 4th series, Mediatek? hmm.. aku rekemen kalau nak beli smartphone elakkan dari amik chipset Mediatek, even sekarang katanya dah improve tapi melalui pengalaman sendiri, Mediatek ni chipset sampah dan murah dan terkenal dengan Hang, Lag dan overheat, performance untuk GPU pun hampeh, tak berkualiti, sebab tu aku malas nak amik tahu pasal chipset mediatek x kira mcm mana pun dorang sembang, so kalau nak pilih smartphone better amik chipset other than mediatek, contoh mcm Snapdragon, Kirin, dan Exynos, 3 chipset yang sekarang menopoli CPU smartphone, tapi Vivo v7 plus guna snapdragon, tapi kenapa masih tak okay? okay kat sini, Snapdragon ni dia bnyk series, contoh mcm Intel Cpu la, Ada i3, i5, dan i7, snapdragon 4th series ni level i3, 6th series mcm i5 dan 8th series mcm i7, so untuk snapdragon 450 dgn harga 1.3k? hahaha, sembang apa, kalau dia pakai snapdragon 650 mungkin boleh consider dengan harga mcm tu, 
untuk lebih lanjut, korang boleh visit website ni https://www.qualcomm.com/products/mobile-processors  ,


Untuk terms kamera,
Smartphone camera

Kualiti gambar Oppo dan Vivo ni kategori biasa2 je, tapi takdela teruk sangat, tapi sekadar biasa2 berbanding dengan other Flagship lain, nak banding dengan kamera flagship lain memang 8 tiang kena tinggal belakang oo.. Malah Oppo dan Vivo ni pun tak hantar kat DXOMARK untuk score kat kamera depa, sebab apa? aku rasa sebab dah tahu, memang kualiti kamera dorang hampeh, dan aku yakin Dxomark akan bagi markah yang rendah untuk brand2 Vivo/Oppo ni, Apa itu DXOMARK? DxOMark adalah markah standard industri untuk menentukan dan memberi rating pada kualiti gambar kamera dan lens. Akibatnya, nilai ini telah menjadi punca utama bagi banyak orang yang berada di pasaran untuk mencari kamera phone yang bagus. Orang-orang disebalik DxoMark ini adalah sebuah perusahaan Perancis yang berbasis di Paris, yang diluncurkan pada 2003. Bisnis utamanya adalah image quality, Oleh sebab tu, strategy Oppo dan Vivo ni lebih fokus kat golongan yang tak tahu menahu tentang gadjet dan senang ditipu, depa tahu kamera dorang kategori biasa2 so dorang target untuk kamera selfie, sebab tu dorang target kamera yang MP besar untuk selfie, untuk pengetahuan korang, Megapixel yang besar tak menjamin kualiti gambar yang cantik, nanti untuk entry lain aku akan terang kan berkaitan dengan kamera ni.. so jangan tertipu, 

Untuk penggunaan yang lama, sangat mendukacitakan dua brand ni,

Takde Software update untuk upgrade ke android yang lebih stabil, selain tu, harga pasaran second price untuk Oppo vivo ni rendah, memandangkan orang sekarang dah lebih celik tentang Gadget, menyebabkan oppo vivo ni tak berapa nk laku untuk dijual.. 

Melalui pengalaman, Aku juga bekas pengguna Brand Oppo ni, aku pernah pakai Oppo model R7s yang mana waktu tu harga dia dalam rm2k lebih something, aku ingatkan boleh la nk pakai lama, tapi hampeh, henset lagging, stuck in android marshmallow, aku pulak jenis nak malas Root telefon, menyebabkan henset jadi hang dan lag sebab apps2 dia sync dengan android yang lama iaitu android 5.0 Marshmallow, sekarang standard orang pakai Android 7.0 Nougat, sebab tu android lama korang lama kelamaan dia akan jadi hang and lag sebab faktor System android lama, kualiti kamera pun hampeh, overheat, tapi yang bagus tentang Oppo ni sebab ada Vooc Charging, yang kalau charge memang sekejap gila disamping bateri yang tahan, so takyah bawak powerbank dah, bawak Charger je terus, dalam 30m boleh naik 70 percent, kira laju la tu, selain tu berdasarkan pengguna2 Oppo macam pak sedara aku yang pakai Oppo R7 dan adik aku Oppo R1L yang sekarang ni penuh dengan masalah lag, hang dan crash dan kadang2 x support apps baru, Jadi Vivo pun sama jugak, dorang ni macam adik beradik, Oppo abang, and Vivo ni adik, mungkin untuk users yang biasa2, dua brand sbnrnya still okay, tapi utk guna jangka masa yang panjang, sy sarankan better tak payah, utk users biasa mungkin takde masalah, tapi utk high users mcm aku memang dua brand ni hampeh, yang pasti kepuasan tu takde or kalau ada pun mungkin sekejap je, 

So sebelum korang nak beli Smartphone, elakkan la dari amik brand2 ni, selain tu elakkan dari amik brand yang takde nama macam Leagoo, Dingding, Ulefone, Elephone dan lain2 brand lain, rugi duit dan sakit hati je, jadilah pembeli yang bijak, smartphone is for smart people, 

tu jelah aku nak tulis, mungkin lepasni aku akan post lebih banyak entry yg berkaitan dengan gadget, aku xnak la tulis dengan lebih detail, takut korang tak faham and bosan, so thats all for today



2k18


Salam,

Oleh kerana 2017 sudah melabuhkan tirainya, ada sedikit lah nak tulis kan, so here goes..

Well, a lot happens pada tahun 2017, pahit, manis, semua bercampur, rasanya tak perlulah aku nak list kan, sebab sesetengah things better keep in secret, but i hope in this new year, i will finish my degree, mana tahu kan, tahun 2018 ni tahun yang terakhir untuk aku mengakhiri zaman bujang ku, huhuhu, 

Nak kata 2017 adalah tahun yang terbaik.. tak jugak, untuk aku la kan, benda baik dan buruk tu dia  balance, but still its better than 2016 which probably the worst ever year for me, for now la... sampai benda yang best berlaku tak dapat nak balance dgn benda yang buruk.. urghh.. harap2 tak berulang lagi... but in 2017, alot happened to me, and i really enjoyed it, some of them la, but atleast benda yang baik tu out weight benda yang buruk, 

Dan mungkin 2018 ni bakal menjadi tahun yang mengubah hidup aku, firasat aku kuat menyatakan begitu, tapi harap2 benda yang mengubah tu adalah benda yang baik2, 2017 jugak banyak mematangkan diri aku, secara sedar atau tidak sedar, pengalaman banyak mengajarku tentang arti kehidupan, manusia, dan sikap..

Azam? well, aku tak ada azam sgt sebab bagi aku bedaah je azam2 ni, azam or tak sebenarnya atas diri kita nak mengubah,, kalau nak berazam kena tunggu setiap tahun baru, nampak sangat la tak serius en, but, lain orang lain cara, who are we to judge? tapi serba sedikit, tahun 2018 ni aku taknak la kan komen merapu kat laman sosial, cukuplah kecaman dan pujian yang aku dapat dilaman sosial, well, banyak kecaman sebenarnya dari pujian, huhu, tapi ntah la, rasa puas tu ada , weird right, but i know that attitude bukan something yang kita boleh amalkan, so utk tahun baru ni, aku nak kurengkan la sikit komen2 yang mengarut, kalau boleh tak nak komen langsung melainkan perlu.

Okay , thats all jela aku nak tulis kot, bnyk sebenarnya entries yang aku boleh tulis yang terjadi kat 2017. tapi tengoklah kalau aku rajin, huhu.
okaylah, tak tahu nak tulis apa lagi, so long.. thanks for reading :D

Wednesday, December 20, 2017

Muka huduh hati busuk

Assalam, Berhabuk dah blog ni tak diupdate, so kat sini  ada sedikit cerpen bebelan la koi nk tulih, sekadar  nak puaskan gian koi untuk menulih,

Two Faces

Tiga benda yang kita x boleh nak ubah, 
Ketinggian,  rupa paras dan suara,.
Biarlah sekiranya diri itu pendek,  hitam,  udoh,  dan suara tak syahdu,  tapi asalkn dpt diganti dgn amal dan hati yang baik,  baru orang tengok tak sakit hati, 
tukang besi bukan islam
Tapi kalau dah perangai mcm musibat,  hudoh,  pendek,  hitam gemuk, rupa dah la takdak,  hati pulak hitam,  mulut cakap ikut lepas ja,  tak fikir dah perasaan orang, 
Hat ni,  kita tak tau la nk kata apa,  avoid and better keep your distance,
saudagar minyak harum
Kita kawan dengan penjual minyak wangi,  terpalit skali wangian nya,  tapi kalau berkawan dgn tukang besi,  maka bau busuk tu pn hinggap sekali, tukang besi and penjual minyak wangi tu kiasan je ye, 


Kena ingat, Dosa dengan Allah dengan dosa dengan manusia lain,

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, manakala manusia tidak, jadi kalau kita buat salah dekat manusia, kita kena minta maaf dekat orang yang kita dah buat salah tu, meminta ampun dengan Allah tak menghapuskan dosa kau dekat manusia, telan dan hadam benda ni baik-baik,


Dah tu macam mana kalau kita dah minta maaf tapi still dia tak maafkan?

Cara Ore Kristen doa, kita islam doa la cara islam, ni saje je nk tunjuk contoh berdoa
Okay, nak memberi keampunan tu hak dia, tapi yang penting kita usaha untuk meminta maaf kat dia, selebihnya berserah diri dengan Allah, mudah mudahan Allah buka hati dia and lembutkan hati dia untuk maafkan kita, yelakan, sape suruh kau penaya dia in the first place, kalau tak sengaja tu dah lain cerita, 


Sebab tu sentiasa lah jaga mulut dan kata kata kita, kadang2 kita rasa biasa, tapi bagi orang tidak, rambut sama hitam, tapi hati lain2 ye dak?  Biarlah orang buat jahat kat kita, tapi janganlah kita berbuat jahat dengan orang, bab kata, jadilah seperti pokok, orang baling batu, kita balas buah durian biar pecah kepala yang balik batu tu, you get what i mean, payah la camni semua benda nk kena terangkan

contoh gambaran kesesakan kat padang masyar kelak, korang boleh jadi ad kat dalam timbunan tu nanti
Kena ingat, padang masyar nanti berbilion2 orang akan berkumpul, jangan disebabkan dosa kita kat manusia tu la yang menjadi penyebab kita menjerumus ke neraka, sanggup ke nak mengharungi lautan penuh manusia untuk mencari keampunan orang yang kita dah buat salah? Sekarang ni boleh la eksyen cakap sanggup, tapi kat akhirat esok tengok la macam mana,

Okay, enuff membebel, sekadar nukilan dari saya, cukuplah membebel takat ni, wsalam