Mahmoud Cheq
11 april 2020
Selepas 5 tahun bersama, pada tarikh ni, kucing kesayangan keluarga aku telah pergi buat selamanya, kucing yang dikutip dari jalanan, yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh setiap anggota keluarga aku, nama diberi MJ ataupun Miyuw Junior, diambil sempena kucing kami yang lepas bernama Miyuw, sebab muka dorang lebih kurang, kemudian ditukar nama kepada Mahmoud cheq oleh adik bongsu aku, yang mana merupakan Manusia kesayangan MJ,
Sedih bila tak dapat tengok sendiri MJ buat kali terakhir atas sebab terperangkap didalam singapore dalam masa ni, MJ, kucing yang paling baik, paling manja, dan paling cerdik yang pernah kami bela, setiap kali aku balik rumah, dia cam muka aku, terus lari datang mengesel badan kat kaki, dan kadang2 bila mood dia baik, dia akan mintak dukung, ya, satu2 nya kucing suka kena dukung,
Punca kematian masih tak pasti, tapi firasat aku kuat kata diracun oleh orang, @ makan makanan beracun, tak pasti mana satu dan tak nak tuduh melulu tanpa bukti, tapi yang pasti andai kata mati akibat dikhianat orang, memang aku doa orang tu mati dalam keadaan yang mengaibkan, dan hidupnya sentiasa dalam keadaan susah dan dilaknat oleh Allah selagi mana dia tak datang minta maaf dengan kami,
Yang paling terkesan dengan pemergian MJ ni adalah adik bongsu aku, sebab MJ banyak habiskan masa dengan dia, MJ dah dianggap lebih daripada sekadar haiwan peliharaan, dia paling manja dengan adik aku tu, yang betul2 memahami adik aku, yang sentiasa ada untuk dia adalah si MJ ni la,
So aku rasa benda ni mungkin ambik masa untuk dia move on, aku pun tak dapat tahan sebak bila si MJ ni tiba-tiba sakit dan pergi, tapi atleast dia pergi didakapan Tuan kesayangan dia,
MJ ni memang suka kacau orang waktu tengah makan, nak nak bila mak aku yang tengah makan, memang dia akan mintak, buat mata bulat dan mengharap makanan dari kami even dia sebenarnya dah kenyang, dengan ayah aku je dia tak berani terkam time makan,
Setiap kali ayah aku balik dari masjid dari menunaikan solat subuh, dia akan sambut ayah aku kat pintu pagar, MJ jugak banyak masa dia habis dgn ayah aku,
Kehilangan MJ memang kehilangan besar buat family aku, takde dah kucing yang datang minta manja dengan kami, datang peluk kaki mintak dukung, tidur di kerusi merah kesayangan dia, siang2 dia akan mintak keluar, tapi time malam dia akan balik rumah,
MJ memang one of a kind type of cat, no one can ever replace you in our heart, semoga kita berjumpa di syurga kelak, andai kata aku dimasukkan dalam syurga, perkara pertama aku mintak adalah kucing2 yang aku sayang dihidupkan semula dengan aku nanti,
Terima kasih sebab menemani kami selama 5 tahun lebih ni, and I know, deep of his heart, he know that we loves him very much,
Thanks MJ a.k.a Mahmoud Cheq
2015-2020
Moga dengan menjaga kau menjadi asbab untuk kami masuk kesyurga kelak, your presence really a blessing for my family,
Will always remember and love you MJ, :')
0 comments:
Post a Comment