Oppo and Vivo?
Okay, oleh kerana aku agak into the smartphone stuff, so nak tulis sikit pasal smartphone ni, here goes
Kalau aku sebut brand Oppo and Vivo , pasti ramai tahu tentang kedua brand ni, but Oppo ni dikatakan lebih 'Superior' dari Vivo dari segi specs, quality brand dll, okay tu mungkin dulu, tapi sekarang ni dua product ni sama saja, tak macam dulu,
Dan dua brand ni aku sangat2 tak rekemen untuk angkat, kenapa? okay ni la aku nak tulis sikit kenapa aku jadi haters untuk dua brand ni,
First of all,
The Price. Spec , After market and long term
Kalau pada tahun 2013-2015, Oppo terkenal dengan rekabentuk yang unik, spec yang menarik dan kamera yang cantik, tapi oleh kerana banyak brand yang banyak muncul dengan harga yang lebih murah dan spec yang lebih decent dari brand ni menyebabkan bagi aku brand Oppo ni tak lagi releven, yelakan, boleh tengok Oppo yang model terbaru macam F5 or R11 yang harganya level2 flagship, tapi malangnya dua model ni jauh sekali layak digelar flagship, Apa itu Flagship? Flagship adalah sebuah produk andalan dari suatu vendor yang merupakan produk “inti” dari semua produk yang mereka hadirkan. Produk flagship juga bisa diartikan sebagai produk terbaik atau produk dengan kelas paling tinggi (bisa juga dikatakan sebagai produk termahal) yang dimiliki oleh suatu Brand, ya, inilah maksud flagship. dengan harga yang tinggi sepatutnya model flagship ni sepatutnya memberi kepuasan kepada pembeli, mungkin untuk brand Oppo dan Vivo pada tahun2 yang lepas macam Oppo R7plus or Vivo x3play waktu tu masih dikira flagship pada zaman dia, dan masih relevan, tapi sekarang tak lagi,
Flagship phone 2017 |
Aku bagi contoh, 'Flagship' yang terbaru dari Oppo iaitu Oppo F5 Rm1578 dan Vivo V7plus
RM 1299 harga untuk listing 31/12/2017 |
, tapi macam yang aku cakap, harga vivo biasanya takkan menjangkau harga Oppo, tapi kedua device has a similar specs, tapi kualiti? hmm.. dengan Chipset Snapdragon 450. yang mana dengan chipset macam tu hanya layak berada di device Low End smartphone yang sekitaran harga 500-700max, Nanti aku akan masukkan entries tentang Chipset, kenapa chipset ni penting untuk sesebuah smartphone.
Yang kedua adalah Specs,
Mobile Proc |
Oppo f5 guna Mediatek manakala Vivo v7 plus guna Snapdragon 4th series, Mediatek? hmm.. aku rekemen kalau nak beli smartphone elakkan dari amik chipset Mediatek, even sekarang katanya dah improve tapi melalui pengalaman sendiri, Mediatek ni chipset sampah dan murah dan terkenal dengan Hang, Lag dan overheat, performance untuk GPU pun hampeh, tak berkualiti, sebab tu aku malas nak amik tahu pasal chipset mediatek x kira mcm mana pun dorang sembang, so kalau nak pilih smartphone better amik chipset other than mediatek, contoh mcm Snapdragon, Kirin, dan Exynos, 3 chipset yang sekarang menopoli CPU smartphone, tapi Vivo v7 plus guna snapdragon, tapi kenapa masih tak okay? okay kat sini, Snapdragon ni dia bnyk series, contoh mcm Intel Cpu la, Ada i3, i5, dan i7, snapdragon 4th series ni level i3, 6th series mcm i5 dan 8th series mcm i7, so untuk snapdragon 450 dgn harga 1.3k? hahaha, sembang apa, kalau dia pakai snapdragon 650 mungkin boleh consider dengan harga mcm tu,
untuk lebih lanjut, korang boleh visit website ni https://www.qualcomm.com/products/mobile-processors ,
Untuk terms kamera,
Smartphone camera |
Kualiti gambar Oppo dan Vivo ni kategori biasa2 je, tapi takdela teruk sangat, tapi sekadar biasa2 berbanding dengan other Flagship lain, nak banding dengan kamera flagship lain memang 8 tiang kena tinggal belakang oo.. Malah Oppo dan Vivo ni pun tak hantar kat DXOMARK untuk score kat kamera depa, sebab apa? aku rasa sebab dah tahu, memang kualiti kamera dorang hampeh, dan aku yakin Dxomark akan bagi markah yang rendah untuk brand2 Vivo/Oppo ni, Apa itu DXOMARK? DxOMark adalah markah standard industri untuk menentukan dan memberi rating pada kualiti gambar kamera dan lens. Akibatnya, nilai ini telah menjadi punca utama bagi banyak orang yang berada di pasaran untuk mencari kamera phone yang bagus. Orang-orang disebalik DxoMark ini adalah sebuah perusahaan Perancis yang berbasis di Paris, yang diluncurkan pada 2003. Bisnis utamanya adalah image quality, Oleh sebab tu, strategy Oppo dan Vivo ni lebih fokus kat golongan yang tak tahu menahu tentang gadjet dan senang ditipu, depa tahu kamera dorang kategori biasa2 so dorang target untuk kamera selfie, sebab tu dorang target kamera yang MP besar untuk selfie, untuk pengetahuan korang, Megapixel yang besar tak menjamin kualiti gambar yang cantik, nanti untuk entry lain aku akan terang kan berkaitan dengan kamera ni.. so jangan tertipu,
Untuk penggunaan yang lama, sangat mendukacitakan dua brand ni,
Takde Software update untuk upgrade ke android yang lebih stabil, selain tu, harga pasaran second price untuk Oppo vivo ni rendah, memandangkan orang sekarang dah lebih celik tentang Gadget, menyebabkan oppo vivo ni tak berapa nk laku untuk dijual..
Melalui pengalaman, Aku juga bekas pengguna Brand Oppo ni, aku pernah pakai Oppo model R7s yang mana waktu tu harga dia dalam rm2k lebih something, aku ingatkan boleh la nk pakai lama, tapi hampeh, henset lagging, stuck in android marshmallow, aku pulak jenis nak malas Root telefon, menyebabkan henset jadi hang dan lag sebab apps2 dia sync dengan android yang lama iaitu android 5.0 Marshmallow, sekarang standard orang pakai Android 7.0 Nougat, sebab tu android lama korang lama kelamaan dia akan jadi hang and lag sebab faktor System android lama, kualiti kamera pun hampeh, overheat, tapi yang bagus tentang Oppo ni sebab ada Vooc Charging, yang kalau charge memang sekejap gila disamping bateri yang tahan, so takyah bawak powerbank dah, bawak Charger je terus, dalam 30m boleh naik 70 percent, kira laju la tu, selain tu berdasarkan pengguna2 Oppo macam pak sedara aku yang pakai Oppo R7 dan adik aku Oppo R1L yang sekarang ni penuh dengan masalah lag, hang dan crash dan kadang2 x support apps baru, Jadi Vivo pun sama jugak, dorang ni macam adik beradik, Oppo abang, and Vivo ni adik, mungkin untuk users yang biasa2, dua brand sbnrnya still okay, tapi utk guna jangka masa yang panjang, sy sarankan better tak payah, utk users biasa mungkin takde masalah, tapi utk high users mcm aku memang dua brand ni hampeh, yang pasti kepuasan tu takde or kalau ada pun mungkin sekejap je,
So sebelum korang nak beli Smartphone, elakkan la dari amik brand2 ni, selain tu elakkan dari amik brand yang takde nama macam Leagoo, Dingding, Ulefone, Elephone dan lain2 brand lain, rugi duit dan sakit hati je, jadilah pembeli yang bijak, smartphone is for smart people,
tu jelah aku nak tulis, mungkin lepasni aku akan post lebih banyak entry yg berkaitan dengan gadget, aku xnak la tulis dengan lebih detail, takut korang tak faham and bosan, so thats all for today
0 comments:
Post a Comment