Saturday, December 31, 2022

Goodbye 2022

 



Its been awhile since i update this blog since i have almost no semangat untuk update huhu,


But sempena 2022 hampir menutup tirai, a lots things happens since i last post at this blog, covid happens, lockdown, terpaksa stay dalam singapore for the whole 2 tahun dan x balik lgsg Malaysia, spend 2 years dlm Singapore jumpa dengan roomate dan housemate yang sangat baik, ambil kesempatan untuk explore singapore, ride naik basikal pusing 1 singapore, met new friends, new workplace,new work experienced,



Struggling simpan duit utk kahwin since kerja baru gaji 35 percent kurang dari gaji lama, jumpa kawan yg sgt supportive dekat tempat kerja baru, duduk dengan housemate yg sgt sempoi iaitu, epul, sadiq , indra, halim dan saufian, dapat explore garden by the bay , the whole 3 places of singapore zoo, and a lot more la, sampai x ckup 1 muka dekat sini, kenapa x balik lgsg? Sebab masa tu kalau nak balik kosting anggaran dlm 2k dollar , hampir rm6k , so aku decide stay jela kat dalam, 


After that, bulan tepat 1/4 border diumumkan bukak, aku dengan chong decide lepas balik kerja terus shoot balik Malaysia malam tu jugak, lepas hantar chong dekat mutiara rini, aku terus shoot naik motor ikut laluan mersing pukul 1 pagi, memang first dan last dah aku ikut jalan situ naik motor, seram nk mampos 😂, sebaik la aku bawak ninja tangki besar, sempat la sampai ke kuantan pukul 4.30 pagi, rasa dia masa tu Allahu, bila ingat balik sebak rasa, sbb lama gila x balik kan, then pagi tu pukul 9 aku terus gerak pergi Terengganu jumpa dengan Tunang aku, kira suprise la, sbb masa tu aku x bgthu pun aku balik Malaysia, hehe, 


Time goes on, bulan 5 waktu raya ke 4 aku dah plan utk kahwin, berbekalkn duit aku simpan selama dekat Singapore i got married, theres goes my single life , huhu, bulan 6 terus aku sewa rumah apartment dkt JB gelang patah so senang aku pergi kerja ke Singapore ikut second link, my wife came and then mulalah hidup aku sebagai seorang suami, mula2 hidup berdua mmg struggle, sbb pakai byk duit, nasib baik lah ada kawan baik sudi pinjam duit, salah satunya yg aku selalu pinjam adalah ipin, mmg sahabat dunia akhirat, ni gambar dia kt bawah 😂

Arifin lawi, housemate aku sekejap kat singapore, decent guy, good listener
A friend that everyone wish they have


Then bulan September something happens, i got retrench, sebab masa tu aku masih kontrak, ingatkan dh smbung kontrak bulan 6 haritu kira ingat nk kerja lg 1 tahun, tapi sebabkan conflict US- China - Russia buat kompeni aku kurang order , production slow sbb kompeni aku kompeni US dan byk customer dari china x ambil order dah, its a shit feeling, 1 Bulan lebih aku struggle cari kerja, nasib baik wife supportive dan bekerja waktu tu, berbekalkan duit baki yg aku simpan, aku survive la secara marhaen, after 1 month and a half jobless, setelah beratus resume aku submit dan berpuluh IV aku pergi, helmet2 aku terpaksa aku jual sebab nk tampung expense masa aku jobless, bila ingat balik memang rasa down gila, but times goes on, 


Alhamdulillah, aku diterima masuk dekat 1 kilang koko area boonlay, 20minit dari rumah aku skrg, kerja ni aku dapat sebab Chong recomment, mmg waktu ni aku terhutang budi dgn chong , i can stand back with my own feet, even gaji dia kurang tapi with the overtime yg banyak aku boleh survive dgn agak selesa, ni pun 1 , sahabat yang aku in debt sampai mati, thanks chong, hanya Allah dpt membalas jasa mu, ni aku kepilkan gambar dia kt bawah, huhu

Ni Chong, nama sbrnya dia Amirul Arsyad
Tapi sbb rupa dia mcm cina celup, kitaorang panggil dia Chong, a hardworking guy, good listener and advisor, reliable and a friend that everyone wishes they had , a debt also i cannot repay


Also this year, i finally bought my first car, proton saga premium S, actually aku nak amik kereta yang lebih selesa mcm proton x50 @ honda city sbb within my salary my ideal car adalah kereta2 ni la, but bila fikir balik, kerja kt Singapore ni sgt risky, so i learned my lesson, aku amik kereta marhaen jela, in case anything happens, aku kena buang kerja ke, aku masih mampu nk bayar komitmen kereta bulan2, and now im waiting for my first baby, insyaAllah due bulan April ni, sempat la raya sekali heheh, 

Actually bnyk lagi aku nk tulis, tapi cukuplah sampai sini, so aku kepilkan lagi sedikit sebanyak gambar sepanjang tahun 2022, dan aku jugak byk terhutang budi dgn kawan2 yang sentiasa support aku even aku x kenal lama pun, terima kasih kepada epul, indra, saufian, halim , khai , indra, ipin, chong, faizal,  tawfiq, aidil , roy,  sadik, syafie, asyraf dan zack, mungkin ada yg aku tertinggal dekat sini, but so far im glad Allah temukan aku dgn kawan2 yang baik seperti kalian, 

Azam tahun baru aku kali ni, aku nak keep just small circle of friends, cut off 'kawan' yg tak respect kau, fake friends, kawan yg langsung takde function melainkan bila bercakap sering menjatuhkan air muka aku, berasa diri dia superior, langau dll, kawan yang aku ada skrg alhamdulillah sudah mengcukupi utk aku, Allah hadirkan sahabat dan kawan yang baik supaya aku tinggalkan kawan palsu yg sepatutnya sudah dlu lagi aku cut off, 

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun sebelumnya, Aminn..

A bit of pictures to keep here , :) 

A trip with homies, night safari, night safari singapore is totally a different level 

Berkesempatan pergi melawat lumina forest, dia mcm penuh lampu2 , tapi sumpah nmpk mcm berada di alam lain,

River wonders dan singapore zoo is one if the best zoo i have been, the experience is out of this world, patutla antara zoo yg terbaik di dunia

Kulicke and Soffa , tempat kerja paling best, dan dekat sini lah aku jumpa kawan baru, pengalaman kerja baru, yg x best gaji kecik, and aku end up kena retrench, tapi alhamdulillah dah secure job baru yg mana gaji lebih selesa , :)

Ni si khai dan chong sempat la pergi memancing dekat kranji dgn team leader kami si fadh masa stuck dalam singapore, syokk oo

Malam sebelum pergi pusing satu Singapore, yang helmet merah, saufian, sebelah aku adalah Halim, both of the are decent and great guy, housemate aku, alhamdulillah dapat satu rumah dgn orang yg baik2 

Malam masa aku shoot dari JB ke Kuantan, malam dimana waktu tu border diumumkan buka, dgn niat yang cekal,.aku redah kegelapan malam ikut jalan mersing Rompin, first dan last dah tu, gerak pukul 1230 smpai pukul 4 setengah pagi, memang once in a life time la

Masa ni first time jumpa budak kecik ni, last jumpa masa dia belum boleh berjalan lagi, berpeluang jalan2 di sekitar singapore, 

2 and half years pass so fast, sepupu2 aku yang kecik yang dlu last aku jumpa paras bahu aku je, tiba2 skrg lg besar and tinggi dari aku, berpeluang smbut raya Eidul fitri dengan keluarga buat pertama kali lepas PkP

Hari dimana aku digelar sebagai suami, aku dh lupa bila tapi rasanya hari sabtu raya ke 4 kot, 😂

Famili belah ummi , lengkap semua, :)

Aboh dah ibu angkat, yang jaga aku masa kecik, dah anggap mcm parents sendiri dah, semoga Allah sentiasa merahmati aboh dan ibu dan diberikan kesihatan yang baik, aminn

Jamuan kecik2 belah aku, my parents nak sgt buat, so berbekalkan baju raya tahun tu, mujur matching dgn wife, huhu,

Honey moon yg tak berapa nak honeymoon

Ni pun sama, tapi insyaallah nnt ada rezeki dan masa kita fly pergi honeymoon luar negara, ☺️


My beloved grandmother ❤️

13 years of friendship and still counting :)

First day reporting to new workplace after being jobless for 1 month and half

Kebetulan terjumpa sahabat lama masa belajar dekat indonesia dlu , syed muhyidin al yahya dekat kelantan masa kenduri sepupu wife, alhamdulillah 

First car, its not much but it does its job well 





Sunday, April 12, 2020

Mahmoud Cheq


11 april 2020

Selepas 5 tahun bersama, pada tarikh ni, kucing kesayangan keluarga aku telah pergi buat selamanya, kucing yang dikutip dari jalanan, yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh setiap anggota keluarga aku, nama diberi MJ ataupun Miyuw Junior, diambil sempena kucing kami yang lepas bernama Miyuw, sebab muka dorang lebih kurang, kemudian ditukar nama kepada Mahmoud cheq oleh adik bongsu aku, yang mana merupakan Manusia kesayangan MJ, 

Sedih bila tak dapat tengok sendiri MJ buat kali terakhir atas sebab terperangkap didalam singapore dalam masa ni, MJ, kucing yang paling baik, paling manja, dan paling cerdik yang pernah kami bela, setiap kali aku balik rumah, dia cam muka aku, terus lari datang mengesel badan kat kaki, dan kadang2 bila mood dia baik, dia akan mintak dukung, ya, satu2 nya kucing suka kena dukung,









Punca kematian masih tak pasti, tapi firasat aku kuat kata diracun oleh orang, @ makan makanan beracun, tak pasti mana satu dan tak nak tuduh melulu tanpa bukti, tapi yang pasti andai kata mati akibat dikhianat orang, memang aku doa orang tu mati dalam keadaan yang mengaibkan, dan hidupnya sentiasa dalam keadaan susah dan dilaknat oleh Allah selagi mana dia tak datang minta maaf dengan kami, 

Yang paling terkesan dengan pemergian MJ ni adalah adik bongsu aku, sebab MJ banyak habiskan masa dengan dia, MJ dah dianggap lebih daripada sekadar haiwan peliharaan, dia paling manja dengan adik aku tu, yang betul2 memahami adik aku, yang sentiasa ada untuk dia adalah si MJ ni la, 


So aku rasa benda ni mungkin ambik masa untuk dia move on, aku pun tak dapat tahan sebak bila si MJ ni tiba-tiba sakit dan pergi, tapi atleast dia pergi didakapan Tuan kesayangan dia, 

MJ ni memang suka kacau orang waktu tengah makan, nak nak bila mak aku yang tengah makan, memang dia akan mintak, buat mata bulat dan mengharap makanan dari kami even dia sebenarnya dah kenyang, dengan ayah aku je dia tak berani terkam time makan, 

Setiap kali ayah aku balik dari masjid dari menunaikan solat subuh, dia akan sambut ayah aku kat pintu pagar, MJ jugak banyak masa dia habis dgn ayah aku, 

Kehilangan MJ memang kehilangan besar buat family aku, takde dah kucing yang datang minta manja dengan kami, datang peluk kaki mintak dukung, tidur di kerusi merah kesayangan dia, siang2 dia akan mintak keluar, tapi time malam dia akan balik rumah, 

MJ memang one of a kind type of cat, no one can ever replace you in our heart, semoga kita berjumpa di syurga kelak, andai kata aku dimasukkan dalam syurga, perkara pertama aku mintak adalah kucing2 yang aku sayang dihidupkan semula dengan aku nanti, 

Terima kasih sebab menemani kami selama 5 tahun lebih ni, and I know, deep of his heart, he know that we loves him very much, 

Thanks MJ a.k.a Mahmoud Cheq

2015-2020 

Moga dengan menjaga kau menjadi asbab untuk kami masuk kesyurga kelak, your presence really a blessing for my family, 

Will always remember and love you MJ, :')

Friday, August 9, 2019

Officially 26!

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak post kt blog ni, mari kita buang kan sawang2 dan debu2 yang ada dalam blog ni,

Hari ni, 9 August 2019 genaplah umur aku 26 tahun, alhamdullilah, hari jadi aku sama dengan hari jadi Riau dengan Hari National Singapore, so takat ni mmg aku cuti selalu sejak 5 tahun kebelakangan , huhu,

Tapi sayangnya aku menyambut hari jadi aku jauh dari family lagi, macam biasalah, sambut sorang sorang je la dalam bilik, pizza hut hawaian chicken, coolblog unikorn dan secret recipe indulgence jadi menu aku hari ni, hehe,

Takat ni, alhamdullilah, Allah dah perkenankan doa aku dapat kerja under degree kat Singapore, walaupun kerja penat gila, tapi setakat ni aku boleh tahan lagi, dan makin lama makin boleh catch up dan serasi, suasana pun okay, setakat ni tak susah lagi la nk solat kan, tapi berbaloi la dengan gaji,

Akhirnya, dapat jugak berbakti balik kt parents dan adik2, even tak gaji lgi, tapi semua dah kira, huhu, sampai bila aku nak kerja ni? Tu aku tak pasti, yang pasti aku akan kerja kt sini sampai aku ada kerja tetap dekat malaysia, yelakan , kerja mcm ni byk makan tenaga dan masa, boleh dikatakan takde life, kerja balik makan tidur then bangun, life pun dalam 5jam kalau 9jam kerja, pastu pukul 3pgi dah kena bangun,

Tempat kerja aku sekarang
Singapore General Hospital


Tu lah realiti kerja singapore even gaji aku memang tinggi,

Yang pasti insyaAllah lagi 3 bulan, aku cadang nak angkat motor CC besar, cadang nak angkat Ninja 400, so fullfil salah satu wish list aku dalam hidup untuk merasai memakai motor besar, hehe

Lepas beli motor tu aku akan start menyimpan untuk modal kahwin dan modal beli kereta dan simpanan rumah, harap harap Allah permudahkan urusan aku nanti,

Okaylah, mungkin sampai sini je kot penulisan aku, jumpa next event yang bermakna dalam hidup aku, wsalam wbt