Monday, March 3, 2014

Room


 Hello,

Oleh kerana hari pertama kuliah untuk semester dua aku dah ponteng, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menulis serba sedikit tentang life aku dekat Indonesia ni, kali ni pasal my sweetroom,  okay, here goes..




Aku sampai ke Indonesia masa 22hb august 2013, agak excited la sebab dapat merasa nak aeroplane setelah sekian lama gila tak naik, and sampai semula ke tempat yang dulu aku pernah menetap masa aku baby hingga berumur 3 tahun, sebab my parents amik degree dekat sini sebab keadaan dekat mesir masa tahun 90an tu agak bergolak, okay carry on the stories..


Aku tengok keadaan di PekanBaru ni agak sama macam kuantan,tak banyak bangunan tinggi2  but lebih besar la dari bandar kuantan tu, kirannya bandar pekanbaru ni boleh dikatakan tak malu la kalau letak title ‘bandar’ tu, J

Sampai2 je dekat bandara ( airport ) Sultan syarif kassim, kitaorang pelajar baru diangkut pergi Panam ( kampus utama Universiti aku ) dan setiap orang akan tangkap gambar la untuk pendaftaran pelajar2 baru universiti, tapi nak cakap, pekanbaru ni memang terkenal la dengan panas nya, seriously memang panas, aku dah tulis sebab apa negeri Riau ni panas pada entry blog aku yg lepas so malas lah aku nak terangkan semula.




Lepas selesai urusan photoshoot tu, kitaorang pelajar lelaki dihantar ke asrama lelaki dan perempuan dihantar ke asrama perempuan la kan, tu pn nak kabo, well, first time aku tengok kampus UIN ( Universitas Islam Negeri ) kat luar memang nampak megah but kat dalam, Ya rabbi, memang  tak seindah di sangka, hmm.. asrama dorang pun agak teruk la, setiap bilik ada 1 bilik air dan 4 katil, masa aku datang tu mmg pekanbaru ada masalah dengan blackout, macam yang aku dh tulis dlm blog lepas, hampir sebulan , setiap hari takde letrik, kalau kejap takpe jugak la kan, hmm...


Aku stay asrama dalam 2 hari, aku ckp kt diri aku, memang aku tak boleh hidup dalam keadaan gini, memang aku kena keluar and cari rumah sewa, tiba hari ke-2 , Halim yg juga pelajar baru sama macam aku, ajak aku keluar asrama duduk rumah sewa dekat Sukajadi yang berhampiran dengan Pusat Bahasa UIN, Dulu Kampus UIN ni dekat Sukajadi sebelum depa diupgrade jadi UIN depa dipanggil IAIN ( Institut Agama Islam Negeri ) , 

masa parents aku dulu masih dipanggil IAIN, kat Sukajadi ni macam dah jadi tempat tinggal rasmi budak2 Malaysia dari tahun 70an lagi,  sampai sekarang ramai budak malaysia duduk sini, duduk kat Sukajadi aku tengok lagi okay dari duduk dekat Panam sebab dekat dengan pusat bandar PekanBaru, so mudah la nak pergi mana mana, :3


Okay kita teruskan dengan penulisan utama kita, masa aku dekat asrama tu, Firdaus ajak  invite Halim and Aku duduk rumah sewa dekat sukajadi,  di jalan cenderawasih, jadi nak pendek kan cerita sebab dah macam banyak sangat aku tulis ni, aku pn dah start boring, so straight to the point, kitaorang duduk la bertiga dalam bilik tu dengan sewa sebanyak 300,000 rp sebulan,

 RUMAH SEWA YANG TENGAH DUDUK SKRG


But, aku duduk tak lama, aku pindah dengan sebelah bilik nabil, bilik hadi yang duduk dlu,oleh kerana dia buat suwey dgn tuan rumah, so aku dapat lah bilik skrg ni, bilik ni sebelum aku duduk mmg agak menyedihkan keadaan dia, dengan lantai pecah dn lain2, but lepas aku ganti tikar getah baru, simen lantai, kiranya aku baiki la sikit.Aku rasa selesa lah jugak sebab aku duduk sorang, ada privasi, even tak berapa  nak indah keadaan bilik aku skrg, but, atleast aku berpuas hati, InshaAllah aku akan stay bilik ni sampai aku habis belajar. :) 

BILIK AKU SEKARANG


Okay tu jelah aku nak cite, mood malas dah datang, see ya again, kbaii




Related Articles

0 comments:

Post a Comment